Sunday 16 December 2012

Pontianak vs Orang Minyak

Sinopsis Pontianak VS Orang Minyak

Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita.

Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka.

Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.

Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur.

Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.

Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.

Apa akan jadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?

Filem Pontianak VS Orang Minyak :
Pengarah : Afdlin Shauki
Penulis Skrip : Afdlin Shauki

Pelakon Pontianak VS Orang Minyak:
Nabil,Johan Raja Lawak,Sharifah Shahirah ,Sharifah Amani,Afdlin Shauki ,Harun Salim Bachik ,Black Kopi O (Raja Lawak) ,Lana Nordin ,Khir Rahman ,Adibah Noor ,Isma Hanum ,Nur Atirah Rahani ,Fizz Fairuz,Tepet Raja Lawak

Fara Fauzana,Noh Hujan,Dr. Azizan,Vanidah Imran,Dira Abu Zahar,Ozlyn Watie,Mak Jah

Tuesday 11 December 2012

Filem Komedi Seram Halim Munan Full Movie

Sinopsis Filem Komedi Seram Halim Munan Halimunan mengisahkan remaja lelaki, Halim bin Munan. Dia sering di ejek dan dibuli rakan-rakannya iaitu Ajak, Pawi dan Kimi kerana sikap Halim yang agak lurus dan namanya yang dianggap pelik. Halim sendiri sebenarnya menganggap dirinya sebagai 'halimunan' dan dia suka berangan sehingga dewasa. Namun, pada suatu hari Halim difitnah orang kampung kerana mengintai Suriyati yang juga anak gadis Arsyad. Bagaimanapun, Munah tidak mempercayai tuduhan itu. Sebagai ibu, Munah yakin dengan Halim. Untuk membersihkan namanya, Halim bertemu seorang bomoh iaitu Wak Mali. Ucapan salam diucapkan dan selepas Wak Mali menjawab salam tu, Wak Mali kebingungan kerana tidak nampak sesiapa memberi salam padanya. Halim menjadi 'halimunan' selepas mencuri kain kafan di sebuah kubur berhampiran. Belum sempat halim datang menyerahkan separuh kain sebagai syarat 'dapat ilmu', dia sudah pun bertukar menjadi halimunan. Bagaimanapun, halim sebenarnya dah tersalah ambil kain kafan menyebabkan dia sentiasa halimunan. Pada masa sama, penduduk kampung mencarinya kerana halim dituduh menyamar menjadi pocong dan mengacau penduduk kampung. Apakah yang berlaku seterusnya kepada Halim. Mampukah dia membersihkan namanya dan keluarga yang sudah tercemar? Adakah Halim akan berubah sikapnya yang suka berangan itu? Semua jawapan ada dalam Halimmunan. Barisan pelakon yang membintangi Halimmunan ialah Fizo Omar (Halim), Gbob sebagai Puyu, Fiza (Suriati), Zul Suphia'an (Ajak), Wan Hanafi Su sebagai Wak Mali,Syuk (Kumpulan Balas Raja Lawak) - Piwi dan Fendi (Balas - Kimi).

Untuk 3 Hari Full Movie

Sinopsis Untuk 3 Hari Filem Untuk Tiga Hari mengisahkan kisah cinta luar biasa dan agak pelik. Untuk Tiga Hari berkisar tentang dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin atas desakan dan pilihan orang tua. Pasangan kekasih ini memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga. Dalam tempoh tiga hari mereka meluangkan masa bersama, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan meneruskan perhubungan bukanlah sesuatu yang buruk dan mungkin adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mereka. Bahagiakah kita untuk meneruskan cinta selepas melukakan hati pasangan yang diceraikan selepas 3 Hari perkahwinan? Filem Untuk Tiga Hari adalah filem diadaptasi daripada novel popular Ahadiat Akashah. Pelakon filem Untuk Tiga Hari: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia. Penerbit: Sharad Sharan (Ombak Rindu) Pengarah: Afdlin Shauki Pelakon: Adflin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah Produksi: Tarantella Pictures Sdn Bhd.

Filem Pe3 Full Movie

sebuah filem komedi aksi arahan Farid Kamil menampilkan Kamal Adli, Farid Kamil, Diana Amir, Along Eyzendy dan ramai lagi bakal menemui penonton. Filem ini padat dengan aksi dan komedi baru. Sinopsis Filem Pe3 Mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry. Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka. Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat. Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya. Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang. Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?

Filem Apa Celop Toqq Full Movie

Sinopsis Filem Apa Celop Toqq Hazama seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, Tapai. Hazama bekerja di bengkel membaiki motosikal, sering bersama menghadapi kerenah Tapai yang berhutang dengan samseng, Black, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan. Pada masa yang sama, Laila, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu. Banyak aksi komedi yang bakal ditonjolkan di dalam filem ini. Penerbit: EXCELLENT PICTURES SDN BHD Pengarah: Ahmad Idham Pelakon: Hazama Azmi, Taiyuddin Bakar, Azad Jazmin, Intan Ladyana, Elly Feliziana

Sunday 9 December 2012

Filem Ngorat Full Movie

Sinopsis Filem Ngorat : Ijam merupakan seorang jejaka solo yang kurang bernasib baik dalam mencari pasangan sehinggalah dia bertemu dengan seorang guru cinta yang menjanjikannya boleh bertemu jodoh dalam 30 hari sekiranya Ijam menurut petua-petua yang diberikannya. Tapi apabila petua-petua yang diberi tidak menunjukkan hasil, malah membahayakan persahabatan Ijoe dengan teman baiknya, Kira, Ijam harus mencari kekuatan untuk memilih samada untuk terus mendengar petua si guru cinta atau persahabatannya dengan Kira akan putus buat selamanya. Berjayakah Ijam mencari teman idamannya? Filem Ngorat, adalah filem terbitan Grand Brilliance dan bakal ditayangkan di pawagam pada Julai 2012. Filem Ngorat dibintangi oleh pelakon paling popular 2012, Aaron Aziz dan Erra Fazira, Iedil Putra, Nas-T dan Zain Ruffedge, Dira Abu Zahar, Dynas.

Mantera Full Movie

Sinopsis Filem Mantera Filem Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik. Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman. Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’ kepada pemakainya. Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

Saturday 1 December 2012

Filem Momok Jangan Cari Pasal Full Movie

Sinopsis Filem Momok Jangan Cari Pasal Filem Momok Jangan Cari Pasal menyingkap tentang perjalanan filem terbaru arahan M.Jamil. Sepanjang penggambaran filem ini, banyak kejadian-kejadian seram yang benar-benar berlaku. Semenjak hari pertama penggambaran, krew dan tenaga kerja, termasuk pelakon semuanya diganggu oleh "Momok" dan kejadian-kejadian yang aneh dan misteri. Bermula dengan babak Rasuk di mana pelakon Sheril Aida dan Wan Raja telah benar-benar dirasuk. Penggambaran tergendala. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya yang melibatkan babak Pontianak dan Pocong di mana gangguan di babak Pontianak dan Pocong mengakibat beberapa pelakon dan krew produksi jatuh sakit. Pelbagai kejadian seram dan lucu yang telah berlaku yang turut membuat penggambaran tergendala. Ajaq dan Kamarul, dua orang pelakon mula menimbulkan kerenah mengganggu pengarah dan krew kerana terpaksa menunggu lama di lokasi. Maka terjadilah pula cinta lokasi di antara Ajaq dan Liza, si mekap artis. Kehampaan dan gangguan di lokasi juga telah menyebabkan beberapa pelakon dan krew produksi turut diserang histeria. Akhirnya sebagai pengarah, M.Jamil mengambil keputusan untuk ‘berhenti seketika’ dari membuat penggambaran bagi membolehkan beliau membuat majlis doa selamat dan tolak bala. Tok Wan yang dipanggil untuk melancarkan penggambaran filem ini tanpa gangguan juga tidak dapat membantu sepenuhnya. Ke mana hilangnya Ajaq, pelakon baru yang terlalu minat untuk berlakon namun akhirnya lari ketika di set penggambaran? Adakah Sheril Aida terlalu mendalami wataknya sehingga dirasuk? Apakah kemunculan kucing hitam di lokasi penggambaran sebagai jelmaan ‘MOMOK’ untuk memberitahu sesuatu? Dapatkah filem ini disiapkan dan adakah M.Jamil akan meneruskan penggambaran filemnya ini walaupun semua krewnya diganggu? Semuanya bakal terjawab dalam filem Momok Jangan Cari Pasal.

Filem SAM full Movie

Mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat percetakan. Sam bercinta dengan seorang gadis bernama Lisa yang juga rakan sekerjanya. Pelbagai peristiwa manis dan lucu berlaku dalam kisah cinta mereka. Konflik bermula apabila Lisa sering diganggu oleh Haikal yang menimbulkan pergaduhan di antara Sam dan Haikal. Dalam masa yang sama, seorang lelaki kacak (Jefri) juga menaruh hati pada Lisa. Satu pergaduhan berlaku antara Sam dan Haikal yang mengakibatkan Haikal dipecat oleh majikannya. Haikal bengang lalu berjanji akan membalas dendam terhadap Sam. Selepas kejadian itu, Sam diganggu oleh kelibat lelaki misteri yang selalu mengganggu dirinya. Sehingga ke satu tahap, Sam dan Lisa diculik oleh lelaki misteri tersebut. Jefri iaitu rakan sekerja Sam menyedari kehilangan Sam dan Lisa mengambil keputusan untuk mencari mereka. Sam dan Lisa pula panik apabila dia tersedar dirinya diculik dan dikunci di sebuah kilang lama kepunyaan syarikat majikannya.

Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui oleh Sam untuk menyelamatkan Lisa serta mencari jalan keluar. Persoalannya, dapatkah Jefri menjejaki kehilangan mereka? Adakah mereka terselamat? Dan yang paling penting sekali…siapakah penculik itu??? Segala-galanya bakal terjawab dalam“SAM” sebuah filem cinta bercorak thriller dari pengarah muda Syafiq Yusof. Lakonan Shaheizy Sam Lisa Surihani Syamsul Yusof Neelofa Azad Tarikh Tayangan - 19 Ogos 2012

FILEM LEFTWING Full Movie

SINOPSIS FILEM LEFTWING Leftwings merupakan sebuah filem muzikal yang mengisahkan kehidupan empat anak muda (Ray, Dino, Rizal, Shah) yang telah menubuhkan sebuah band rock indie dengan menjadikan band rock WINGS sebagai idola mereka. Mereka bercita-cita ingin memperjuangkan jalur muzik Rock dan juga cuba mencipta nama di dalam industri mainstream. Mereka juga memasang impian ingin menjadi pelapis kepada band pujaan mereka, WINGS dengan menamakan band mereka sebagai LEFTWINGS, iaitu band 'sayap kiri' kepada WINGS. Di samping itu, mereka juga menghadapi rintangan di dalam kehidupan peribadi mereka, konflik dalaman serta masalah cinta yang akan mempengaruhi hala tuju band mereka. Dapatkah keempat-empat anak muda ini mengekalkan perjuangan band mereka disebalik konflik yang dihadapi oleh mereka?

Salam Cinta Full Movie

Sinopsis Salam Cinta Salam Cinta mengisahkan tentang Amirul, pelakon yang menerima tawaran memegang watak lelaki yang kuat pegangan agama. Oleh kerana dibesarkan dalam suasana moden, dia ke sebuah kampung untuk bertemu seorang imam untuk mengetahui cara hidupnya. Di kampung itu Amirul bertemu Laila dan jatuh cinta dengannya selepas melihat kelembutan, sikap rendah diri dan berbudi pekerti kepada keluarganya. Walaupun 'playboy', Amirul mula berubah sikap untuk memenangi hati Laila. FILEM: Salam Cinta ARAHAN: Azhari Mohd Zain PELAKON: Kamal Adli dan Diana Amir GENRE: Romantik TAYANGAN: 6 September 2012

Aku Terima Nikahnya Full Movie

Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya Mengisahkan Johan (Adi Putra) menikahi Arlisa (Nora Danish) dan mereka hidup bahagia. Namun kebahagiaan mereka terhenti apabila Johan terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan termasuk melupai siapa Arlisa di hatinya. Bagaimanapun, Johan mula rapat dengan Suriya, teman baik kepada Arlisa. Apakah kesudahannya? Pelakon Filem Aku Terima Nikahnya Adi Putra, Nora Danish,Mon Ryanti, Alex Yanz, Kamal Faridz dan Azrel

Hantu Kapcai Full Movie

Sinopsis Hantu Kapcai Filem sulung arahan Ghaz Abu Bakar ini mengisahkan Ajib, seorang mat rempit yang meninggal dunia selepas terlibat dengan lumba haram. Dia menjadi roh yang terperangkap di antara dunia hidup dan mati. Bagi meneruskan 'kehidupan', dia perlu menyelesaikan masalah dengan keluarganya. Namun dia menyedari bahawa dia tidak berdaya untuk melakukan apa sahaja, sehinggalah dia sedar bahawa dirinya boleh dilihat oleh Ibrahim. Klasifikasi: 18 Genre: Komedi / Seram Tarikh Tayangan: 27 September 2012 Pengedar: UNITED STUDIOS Pengarah: Ghaz Abu Bakar Pelakon: Zizan Razak, Fizz Fairuz, Remy Ishak, Neelofa

Taikun Full Movie

Sinopsis Filem Taikun Filem Taikun mengisahkan dua sahabat baik dikenali sebagai Tai (Angah) dan Kun (Along) yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa. Sifat mereka suka bergaduh dan mencuri menyebabkan mereka bertembung dengan ahli-ahli Geng Ros Hitam dan Tedung. Disebabkan Tai dan Kun membelasah kedua-dua ahli geng dengan teruk, ketua Geng Pink, Manan dan ketua Geng Purple, Sarip merasa tertarik dengan kehebatan mereka berdua dan mengajak Tai dan Kun untuk menyertai geng mereka. Sikap Tai dan Kun yang tamak menyebabkan mereka menerima pelawaan dua-dua geng tanpa pengetahuan ketua geng masing-masing. Geng Pink dan Geng Purple pula adalah dua musuh ketat dan sering bergaduh. Mereka juga bersaing dalam perniagaan DVD cetak rompak. Kehadiran Tai dan Kun yang kelihatan hebat menyebabkan mereka mendedahkan segala kegiatan mereka dan mengharapkan pada Tai dan Kun untuk membantu mereka supaya menjadi lebih kaya. Sejak itu, kehidupan Tai dan Kun dilimpahi kemewahan. Kesetiaan Tai dan Kun hanya terletak pada ganjaran wang sebagai habuan. Namun, Geng Pink dan Geng Purple mula ditimpa masalah yang mana semua kegiatan mereka sering dihidu polis. Masing-masing mula menunding jari menuduh geng lain. Tapi dalam diam, ada dalang yang membocorkan semuanya dan Tai dan Kun dituduh sebagai dalangnya namun Sarip dan Manan tidak percaya. Siapakah dalang sebenarnya? Apakah yang akan terjadi pada Tai dan Kun? Semuanya akan terjawab dalam filem 'Taikun'. Pelakon Filem Taikun: Angah Raja Lawak (Tai), Along Raja Lawak (Kun), Afian Giman (Alex Yanz), Angah Raja Lawak (Sarip), Adey Shafrien, Haszmi Raja Lawak, Mikael Andre, Addy Rauf

Filem Aji Boy Full Movie

Sinopsis Filem Ajiboy Full Movie
AJI BOY He may be small because he is just a kid, but Ajiboy is not just any kid. Quick-witted and smart-mouthed, he is entrusted by his father Fauzan to manage and care for Malacca's Water Theme Park for a short while as he has matters to attend to. However, Ajiboy's abilities are doubted by Cumi and Mat Saja, the park's supervisors who love to take advantage of their positions by giving freebies away to women. When Ajiboy finds out, he decides to punish the two by demoting them to menial cleaning tasks, which prompts them to commit a betrayal. As if he does not have his hands full already, Ajiboy has to find a wife for his father in order to fulfil his deceased mother's wishes.

Casts : Nor Heidzriq mi Haikal N Norhar,Zalif Sidek,Angah Raja Lawak