Sunday 16 December 2012

Pontianak vs Orang Minyak

Sinopsis Pontianak VS Orang Minyak

Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita.

Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka.

Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.

Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur.

Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.

Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.

Apa akan jadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?

Filem Pontianak VS Orang Minyak :
Pengarah : Afdlin Shauki
Penulis Skrip : Afdlin Shauki

Pelakon Pontianak VS Orang Minyak:
Nabil,Johan Raja Lawak,Sharifah Shahirah ,Sharifah Amani,Afdlin Shauki ,Harun Salim Bachik ,Black Kopi O (Raja Lawak) ,Lana Nordin ,Khir Rahman ,Adibah Noor ,Isma Hanum ,Nur Atirah Rahani ,Fizz Fairuz,Tepet Raja Lawak

Fara Fauzana,Noh Hujan,Dr. Azizan,Vanidah Imran,Dira Abu Zahar,Ozlyn Watie,Mak Jah

Tuesday 11 December 2012

Filem Komedi Seram Halim Munan Full Movie

Sinopsis Filem Komedi Seram Halim Munan Halimunan mengisahkan remaja lelaki, Halim bin Munan. Dia sering di ejek dan dibuli rakan-rakannya iaitu Ajak, Pawi dan Kimi kerana sikap Halim yang agak lurus dan namanya yang dianggap pelik. Halim sendiri sebenarnya menganggap dirinya sebagai 'halimunan' dan dia suka berangan sehingga dewasa. Namun, pada suatu hari Halim difitnah orang kampung kerana mengintai Suriyati yang juga anak gadis Arsyad. Bagaimanapun, Munah tidak mempercayai tuduhan itu. Sebagai ibu, Munah yakin dengan Halim. Untuk membersihkan namanya, Halim bertemu seorang bomoh iaitu Wak Mali. Ucapan salam diucapkan dan selepas Wak Mali menjawab salam tu, Wak Mali kebingungan kerana tidak nampak sesiapa memberi salam padanya. Halim menjadi 'halimunan' selepas mencuri kain kafan di sebuah kubur berhampiran. Belum sempat halim datang menyerahkan separuh kain sebagai syarat 'dapat ilmu', dia sudah pun bertukar menjadi halimunan. Bagaimanapun, halim sebenarnya dah tersalah ambil kain kafan menyebabkan dia sentiasa halimunan. Pada masa sama, penduduk kampung mencarinya kerana halim dituduh menyamar menjadi pocong dan mengacau penduduk kampung. Apakah yang berlaku seterusnya kepada Halim. Mampukah dia membersihkan namanya dan keluarga yang sudah tercemar? Adakah Halim akan berubah sikapnya yang suka berangan itu? Semua jawapan ada dalam Halimmunan. Barisan pelakon yang membintangi Halimmunan ialah Fizo Omar (Halim), Gbob sebagai Puyu, Fiza (Suriati), Zul Suphia'an (Ajak), Wan Hanafi Su sebagai Wak Mali,Syuk (Kumpulan Balas Raja Lawak) - Piwi dan Fendi (Balas - Kimi).

Untuk 3 Hari Full Movie

Sinopsis Untuk 3 Hari Filem Untuk Tiga Hari mengisahkan kisah cinta luar biasa dan agak pelik. Untuk Tiga Hari berkisar tentang dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin atas desakan dan pilihan orang tua. Pasangan kekasih ini memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga. Dalam tempoh tiga hari mereka meluangkan masa bersama, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan meneruskan perhubungan bukanlah sesuatu yang buruk dan mungkin adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mereka. Bahagiakah kita untuk meneruskan cinta selepas melukakan hati pasangan yang diceraikan selepas 3 Hari perkahwinan? Filem Untuk Tiga Hari adalah filem diadaptasi daripada novel popular Ahadiat Akashah. Pelakon filem Untuk Tiga Hari: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia. Penerbit: Sharad Sharan (Ombak Rindu) Pengarah: Afdlin Shauki Pelakon: Adflin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah Produksi: Tarantella Pictures Sdn Bhd.

Filem Pe3 Full Movie

sebuah filem komedi aksi arahan Farid Kamil menampilkan Kamal Adli, Farid Kamil, Diana Amir, Along Eyzendy dan ramai lagi bakal menemui penonton. Filem ini padat dengan aksi dan komedi baru. Sinopsis Filem Pe3 Mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry. Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing. Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka. Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi. Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat. Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya. Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang. Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?

Filem Apa Celop Toqq Full Movie

Sinopsis Filem Apa Celop Toqq Hazama seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, Tapai. Hazama bekerja di bengkel membaiki motosikal, sering bersama menghadapi kerenah Tapai yang berhutang dengan samseng, Black, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan. Pada masa yang sama, Laila, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu. Banyak aksi komedi yang bakal ditonjolkan di dalam filem ini. Penerbit: EXCELLENT PICTURES SDN BHD Pengarah: Ahmad Idham Pelakon: Hazama Azmi, Taiyuddin Bakar, Azad Jazmin, Intan Ladyana, Elly Feliziana

Sunday 9 December 2012

Filem Ngorat Full Movie

Sinopsis Filem Ngorat : Ijam merupakan seorang jejaka solo yang kurang bernasib baik dalam mencari pasangan sehinggalah dia bertemu dengan seorang guru cinta yang menjanjikannya boleh bertemu jodoh dalam 30 hari sekiranya Ijam menurut petua-petua yang diberikannya. Tapi apabila petua-petua yang diberi tidak menunjukkan hasil, malah membahayakan persahabatan Ijoe dengan teman baiknya, Kira, Ijam harus mencari kekuatan untuk memilih samada untuk terus mendengar petua si guru cinta atau persahabatannya dengan Kira akan putus buat selamanya. Berjayakah Ijam mencari teman idamannya? Filem Ngorat, adalah filem terbitan Grand Brilliance dan bakal ditayangkan di pawagam pada Julai 2012. Filem Ngorat dibintangi oleh pelakon paling popular 2012, Aaron Aziz dan Erra Fazira, Iedil Putra, Nas-T dan Zain Ruffedge, Dira Abu Zahar, Dynas.